Kerjaya kelab Jean_Makoun

Kerjaya awal

Makoun memulakan kerjayanya di pasukan remaja Cotonsport Garoua. Pada masa itu, beliau menghabiskan masanya di kelab lain Cameroon seperti Jeunesse Star dan Tonnerre Yaoundé sebelum berpindah ke Perancis untuk sertai kelab Lille.

Makoun membuat 150 penampilan untuk Lille di liga dan bermain di Liga Juara-Juara UEFA. Aksi beliau menarik minat seluruh kelab Eropah termasuk Arsenal, Tottenham Hotspur, Juventus, AS Monaco, Marseille dan Lyon.[2]

Lyon

Pada 16 Jun 2008, Makoun menandatangani kontrak empat tahun bersama Olympique Lyonnais. Makoun kemudian menyarung jersi nombor 17, seorang pemain bola sepak yang bersara pada 2003 dan kini telah meninggal dunia iaitu pemain tengah Cameroon, Marc-Vivien Foé. Pada perlawanan pembukaan musim, beliau menjaringkan gol pertama dalam perlawanan debutnya untuk Lyon, pasukannya menang 3-0 ke atas Toulouse. Dalam kempen Liga Juara-Juara, Makoun menjaringkan dua gol dalam lapan perlawanan iaitu ketika menentang Fiorentina, di mana Lyon menang 2-1 dan menentang Barcelona, di mana Lyon tewas 5-2. Dalam musim ketiganya di Lyon, beliau banyak terlepas perlawanan akibat mengalami kecederaan.[3]

Aston Villa

Pada 15 Januari 2011, Aston Villa melengkapkan perpindahan Makoun dalam kontrak tiga tahun dengan bayaran yang tidak didedahkan. Beliau membuat debut untuk Aston Villa ketika menentang Wigan Athletic pada 25 September 2011, Villa menang 2-1. Pada 12 Februari 2011, Makoun telah dibuang padang akibat menerjah keras pemain Blackpool, DJ Campbell. Selepas perlawanan itu, Makoun digantung tiga perlawanan.

Beliau meninggalkan Aston Villa pada penghujung musim 2012-13 selepas Stade Rennes ingin membeli beliau secara tetap.[4]

Olympiakos

Pada 28 Ogos 2011, Makoun ke kelab Greece, Olympiakos secara pinjaman.[5] Beliau kemudian memilih jersi nombor 77. Pada 13 September 2011, beliau membuat debut untuk Olympiakos ketika tewas 1-0 kepada Marseille dalam perlawanan Liga Juara-Juara UEFA. Beliau membuat penampilan pertama liga lima hari kemudian iaitu pada 18 September, 2-1 menang ke atas Skoda Xanthi. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Olympiakos ketika menang 3-2 ke atas Aris. Dengan membuat 19 penampilan dan menjaringkan dua gol, Olympiakos menjuarai gelaran liga pada penghujung musim dan Makoun pulang ke Aston Villa.

Rennes

Pada 15 Ogos 2012, Makoun dilaporkan telah dipinjam ke kelab Rennes selepas pengurus Villa, Paul Lambert mengatakan Makoun tidak termasuk dalam rancangannya pada musim hadapan. Makoun membuat penampilan pertama untuk kelab ketika tewas 2-1 kepada Lorient pada 16 September 2012.

Pada 20 Oktober 2012, Makoun menjaringkan gol pertamanya untuk kelab ketika menang mengejut 2-1 ke atas Montpellier.[6] Ketika pasukannya menang 2-1 ke atas Paris Saint-Germain pada 17 November 2012, Makoun dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua. Selepas membuat 22 penampilan dan menjaringkan dua gol, beliau dibenarkan berpindah ke Rennes secara tetap pada 1 April tetapi mula bermain untuk Rennes pada 1 Julai.[7]